they read me

3.5.12

siapa yang taknak jadi tabah, kan?

assalamualaikum 






hai all. hai kepada manusia yang rajin menghupdate blog mereka. hai kepada bloggers yang rajin exchange link dekat chatbox (walaupun aku punya chatbox dah lama lenyap). hai hai dan hai. ya, saya tahu anda semua amat merindui saya. terima kasih. 


aku ni pemalas sikit nak update blog. maaf (macam kau kisah kan) emm. emm. emm sebenarnya, aku rindu nak menaip lagi. almaklumlah dulu update blog tu ibarat meminum milo ais tabur gelas besar punya, walaupun jarang sekali dapat menikmatinya sebab mahal tetapi masih dapat membelinya.. mungkin sekali seminggu ataupun jumlah yang kurang dari itu. saja je merepek. saje nak drag masa kau baca benda yang tak berfaedah ni dari aku. percayalah, aku sekadar nak meluahkan apa yang pedih di dasar hati sambil beharap hari esok aku akan dapat melupakannya. 


so siapa yang taknak jadi tabah setiap kali ada masalah yang maha berat. berat sampai aku rasa aku tak lalu nak pikul seorang diri. aku admit, aku memang seorang manusia yang jarang ada masalah. masalah tu mungkin selalu ada. cuma itu semua terpulang macam mana kita nak handle. samada kita nak stay strong atau pun going down dengan masalah tu sekali. jawapan tetap di tangan kita. setuju? aku selalu rasa yang aku ni seorang yang tabah serta positif setiap kali ada masalah terutamanya yang melibatkan konflik perasaan. tapi kali ni betul betul buat aku down sangat sangat dan sangat. 


family tu boleh menguatkan kita, dan family jugak boleh membuatkan kita lemah. so kau boleh dapat bau tak apa masalah aku? its about family. aku kena kahwin paksa? ohh bukan bukan. senang cerita, tak semua hubungan dalam dunia ni akan sentiasa aman dan jernih kan. cukuplah setakat tu je aku cakap. sebab tutup aib orang lain tu yang paling penting. aku rasa hidup aku betul betul tersepit sekarang. diluah mati bapak, ditelan mati mak, dibiar je dalam mulut aku pulak yang mati. jadi bagaimana? terasa ♬♪ di kanan berduri, kiri pun duri ♬♪ maaf. ternyanyi pula. 


aku nak minta maaf kalau mereka merasakan aku melarikan diri sekarang. aku just nak pujuk hati sendiri je. kalau tak, hati ni akan hancur, lagi. aku serius.


to all dear readers, please pray for me to stay strong. semoga Allah, bagi petunjuk kepada aku, dia dan mereka. 





7.2.12

we followed the trend, so we went to broga hill.

assalamualaikum,

now lets the pictures do the talking :)











the morning sun seeing from broga was so beautiful, subhanallah.


if ever people ask me to climb it again, i will go insyaAllah. but not to the highest peak. serik already, the lower area was ok enough. going to the highest part was so seksa. i fell and injured my leg while climbing the rocks ;(

if you look closer and carefully, some pictures are not really sharp because i didn't bring a tripod since i was so bajet bagus and so confident that my hand was really static. but in the end my hands was shaking so badly after climbing numerous steep slopes. 

sorry for not showing many pictures because most of them are censored (like u care pulak and hadap sangat nk tengok those pictures kan) haha.

p/s: i am not a pro, thats why my pictures are not pretty enough. but seriously, broga is so beautiful. you should go. i bet u will non-stop praising Allah's creation once you up there.

toodles, peeps.

29.1.12

saya nak jadi happy.

assalamualaikum.


aku baru google cara nak buat origami star ni. tp after 2minit, aku lupa dah. just saying.


nampaknya, ni first entri untuk tahun 2012. syabas untuk diri sendiri (sambil menepuk bahu sendiri). sebenarnya, aku tak tahu nak tulis pasal apa. tapi disebabkan kita baru je masuk tahun 2012. baru aku cakap? padahal januari dah nak tamat. ok, you should ignore it. 


ok, nak tulis pasal apa ye. ohh, mari bercerita pasal azam tahun baru. cliche much kan. tak apa, aku memang suka cliche pun. 


azam aku tahun 2012 senang je. aku nak jadi happy. bukan sebab tahun lepas lepas tak happy. tapi azam kali ni aku rasa macam general lagi menyeluruh. dan sebenarnya aku malas nak list kan banyak banyak azam sebab bukan aku accomplish semua pun. ternyata, membuat azam setiap tahun sekadar ingin menyedapkan hati sahaja. mungkin.


berbalik kepada perkara pokok. aku nak jadi happy. untuk jadi happy, aku kena jaga hubungan aku dengan sang Pencipta, Dia yang maha besar. siapa cakap kalau tak jaga hubungan dengan Dia aku boleh happy? ya, mungkin aku ketawa tapi realitinya kau rasa hati ni tetap kosong. rasa macam hidup tak bermakna. aku tak exagerrate sebab benda ni berlaku pada aku. sekarang. 






kalau ingin jadi happy, kena jaga hubungan dengan puan mak dan puan abah. aku tak tahu dekat mana silap sampai kadang kadang at some point aku rasa macam aku 'jauh' dari mereka. maaf. lalu, separuh hati ni rasa kosong. sangat. 


kalau ingin jadi happy, kena jaga hubungan dengan orang sekeliling. classmates. kawan kawan yang selalu ada dengan aku. ohh, tolong jangan lupa lecturers. sebab kalau dia tak happy dengan aku, jangan harap lah dia nak puas hati dengan kerja aku. jadi kemungkinan untuk dapat low marks sangat tinggi. secara langsung, memang akan buat aku tak happy jugak. kau nampak hubung kaitnya disini? nampak? bagus. jaga hati lecturers perlu, nanti diorang tak redha ilmu. susah. 


satu benda yang aku harapkan sampai sekarang. bangun pagi dengan perasaan happy dan senyum. walaupun pada hari yang kelas sangat pack. sebab benda ni boleh trigger mood the whole day. mereka la cakap. aku tak pernah try lagi. kena ingat, walaupun liat nak meninggalkan katil, bersyukur sikit. at least dapat sedut udara yang FREE. 




sekian.

16.12.11

for love or money??

assalamualaikum








sebenarnya, dah lama sangat aku nak tulis pasal for love or money ni. tapi seperti biasa lahh, baru tulis tajuk dah tergendala dalam draft box. bukannya taknak sambung, tapi aku masih dilema sejujurnya, love or money mana yang lagi penting sebenarnya. terutama untuk perempuan ayu seperti aku ni. ececeh, come on. kasik laa chance aku nak perasan empat saat kejap. besides, aku sangat busy dengan segala benda yang berkaitan ilmu dunia ni. haih, tidak perlu bercerita panjang panjang sebab bukannya kau nak tolong buatkan pun kan kan. jadi, mari berbalik kepada perkara pokok. dekat mana kita tadi, ohh delima. maaf, dilema. delima tu delimawati dalam hantu kaklimah. well, aku still tak tahu nak pilih love or money. what? kau nak pilih love? come on, tak perlu la nak bajet jiwang euww euww dengan aku. ayuh mengaku je kau nak pilih money kan. jadi betul kau pilih money? okeh, kau memang materialistik. aku tahu dah.


sila bayangkan, ada dua orang laki ingin masuk meminang kau. seorang ni kaya tahap jutawan tapi dia tak cintakan kau sangat just cintakan muka kau sebab kau cun persis lisa surihani. tetapi yang seorang lagi ni pula miskin tapi sangat cintakan kau walaupun dia sedar nanti kau dah tua, muka persis lisa surihani tu mesti akan lenyap yang tinggal hanyalah persis lisa surirumah sahaja. maka, yang mana satukah yang akan kau pilih? yang kaya kah? yang miskin kah? tapi harus lah diingat, kalau kau ni lelaki janganlah kau imagine lelaki yang masuk meminang kau. semestinya kau tidak gay, bukan?  tapi imagine nak meminang dua perempuan yang... haihh, malas la aku nak explain. kau vice versa kan saje situasi di atas ini.


what if you choose money?
tentunya, duit tu bukan masalah. mungkin dalam hidup ni kau takkan pernah short duit. cakap saje apa benda yang kau nak mesti dapat hatta nak pergi melancong satu dunia pun. bak kata orang, bukan tidur atas tilam vono tapi tidur atas tilam duit. cuba bayangkan tu. tapi pernah tak dengar, the money cant buy happiness. tak semua orang yang kaya tu happy dan cukup semua benda for example in term of kasih sayang. ada je happy tapi lonely sebab orang tak berani nak dekat dengan dia sebab dia kaya sangat or dia taknak orang dekat dia sebab dia bajet semua orang nak kejar harta dia je. ada jugak yang paranoid kononnya orang nak blackmail dia or kidnap dia and mintak tebusan berjuta juta or maybe ada orang nak rompak dia. so that means, they still cannot live happily and freely as we thought. 




money itu ujian dari tuhan, sebenarnya.
aku percaya yang money tu memang boleh bawa manusia jauh daripada tuhan. bukan nak stereotype cakap yang orang kaya semua tak ingat tuhan. bukan. tapi kau sendiri susah nak tengok orang kaya yang ingat ukhrawi dia juga. yang boleh balancekan antara saham dunia dan saham akhirat. manusia ni susah nak rasa cukup. sebagai contoh, aku ada RM10, tapi aku nak lebih lagi sebenarnya. aku nak RM20. dah ada RM20, aku nak RM30 and so on. so kiranya, manusia ni memang susah nak lari dari perasaan tamak tu. tengok jelaa kes khir toyo kan. ada seorang kawan kepada cousin aku ni, family dia sangat kaya and dia pun kerja engineer petronas. sadly, ayah dia kahwin dua and neglect tanggungjawab as a father. memang duit tu berlambak dia dapat, tapi kasih sayang tak. nak jmpa ayah dia pun susah. lepas tu lelaki susah gila nak dekat dengan dia sbb cuak, dia kaya sangat. aku kesian kat dia.


what if you choose love?
okeh, nak cakap yang kau jiwang euww euww. HAHA. segala kasih sayang insyaAllah kau dapat tapi tak semua orang yang pilih cinta tu bahagia because the money wont pay the bills mannn. kalau setakat cinta je memang tak cukup. takkan nak bayar bill dengan cinta kot kan. kalau dah tak ada duit, lama kelamaan cinta pun boleh jadi benci, enough said. i'm not being materilistic here, i'm just being realistic, peeps. 



without money tu pun ujian dari tuhan jugak.
tak semua orang yang without money tu semua ingat tuhan since kesusahan tu mendekatkan kita dengan Dia. ada je orang miskin yang menyalahkan takdir dia. ada juga yang tak boleh nak sabar so buat benda yang tak halal semata mata nak kaya cepat. yang nak rezeki tanpa berusaha. yang taknak cuba mengubah nasib dia dan tak sedar sebenarnya 
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)


everything needs money but money is not everything and in order make the love stay, you need the money.


jadi, apa sebenarnya yang kita kena pilih.
i'm not sure either. but aku just nak pesan pada diri sendi terutamanya. dan pada ukhti ukhti dekat luar sana. antara love or money. both are not important as imaan. sebab cinta boleh dipupuk selepas kahwin, and it suppose to be like that pun. and as for money pulak, insyaAllah kita boleh usahakan. yang penting imaan imam kita nanti. kalau imaannya alhamdulillah, insyaAllah dia tahu nak balancekan antara love or money. dia tahu tanggungjawab dia untuk beri love annd money tu secukupnya. 


whats important for a woman? love or money? i think, a good man as a husband because baik imam di dalam rumah itu, baik jugalah makmum makmum di dalamnya, insyaAllah.




so lets pray together, may Allah gives us a good husband. tapi nk good husband, kita kena jadi a good woman dulu kn. remember, a good man for a good woman. untuk akhi akhi, sila jadi a good imam with a good imaan. lagi bagus kalau ada poket yang penuh dan hati yang pernuh dengan kasih sayang. senang kitorang nak pilih haha


p/s: if you think my words are harsh, i am so sorry. i am not perfect.

25.11.11

awak gemuk.


assalamualaikum.

that day tapi tak ingat hari apa, boring yang amat. so aku lepak dengan anak buah aku layan tom and jerry. hilang laa jugak 45% dari boring yang ada tu. dalam tengah leka melayan anak buah aku sekali ada character kucing yang gemuk muncul. 

sekali dia komen, 'hey cat tu gemuk laaa macam acu (aku laa tu). aku macam terkesima. tak tahu nak comment apa. dalam hati, i was like 'kids nowadays, they are so mean. i was once a kid with a good manner while using words to comment people'. umm, umm as what i remember lah. hik.


on top of that, thanks to my niece for being honest. very honest. now, you want me to be a skinny aunt. sorry, i'm afraid i won't prefer that.


ohh, entry ni dah lama duduk dalam draft. sampai bila nak sambung balik, tak tahu nak tekan mana satu untuk display draft. hahaha. shame on me.

22.11.11

carutan bola sepak



assalamualaikum

tajuk entri kali ni memang 'carutan' ye bukannya typo dan  memang disengajakan untuk berbunyi kontroversi sedikit. tapi jangan risau sebab entri ni memang bersih dan suci dari dirty talks mahupun sebarang adult content. hanyalah sekelumit luahan dari aku, bukan seorang peminat bola sepak tegar.

kalau nak tahu, aku tulis pasal ni dah lama gila. time yang diorang lawan negara mana entah lepas tu senang gila kalah tu. alahh, yang game tu after sukan sea, and abang aku bagi alasan cover 'mereka masih penat lagi tu' see, disebabkan lama sangat entri ni terperuk dalam draft aku pun dah tak ingat langsung.

aku admit yang aku bukan lah suka tengok bola pun. and aku tak tahu pun law dalam bola sepak. tapi aku cukup menyampah kalau tengok players main macam nak taknak je. baik dia bagi aku yang buta bola sepak ni main, ecehh. aku tak suka gila bila tengok game yang macam team work diorang macam hampeh. tak kisahlaa game apa, bola sepak ke basket ke konda kondi ke. tapi kalau dah nampak ada individu yang macam tamak haloba, bajet bagus bawak bola sorang sorang sampai pintu gol taknak pass kat player lain even obvious gila yang player lain tu kosong. masalahnya kalau boleh gol, tak apa laa jugak. ni sampai depan pintu gol, nak sepak tapi macam tak makan je. last last goalie tangkap bola tu dengan senang hati. is that the best thing you can do, baby?

aku pernah tengok satu dokumentari one of player time mokhtar dahari. dia cakap diorang main sebab memang cintakan bola sepak tu sendiri, plus dia sayangkan negara kita, plus dia tak main semata mata sebab nak kejar DUIT or populariti dalam mag mangga. pose kat tepi kolam tak pakai baju tapi short je. euwww. euwww. and euuww. sebab tak ada semua tu laa diorang main dengan gigih even dunia pun gerun dengan harimau malaya time tu. hebat kan. and aku rasa this legendary player was being truthful about their good old days. 

but then, players sekarang macam mana? malas nak describe. malas nak banyak bunyi sebab less and more kau pun tahu kan. tak tahu apa yang mereka nak buktikan bila tamak sangat dekat pintu gol. my basketball coach once told me, its not about winning, but its about how well you can work as a team. kalau those players main tak tamak and communicate well like passing bola perfectly but kalah jugak. it doesn't matter. because finally only luck/rezeki does matter kan. at least we can see your effort.

again, money and popularity are indeed scary things. so please, jangan kejar those things je. we need you guys to make us proud again. trust tu masih ada.

cakap macam bukan peminat sangat kn tadi. tapi emo lebih pulak. sorry. 








9.11.11

alhamdulillah, masih di hati.



assalamualaikum

dah lama gila tak update blog. dah. cukup. takyah mention banyak banyak kali. sebab bukannya boleh bertambah pun meter kerajinan ni.

walau terlambat, alhamdulillah itu masih di hati. insyaAllah.

cuma kecewa. tak banyak. cuma sedikit. walaupun tak banyak. tapi perasaan tu masih ada juga. damn!

pertama, kecewa sebab result exam. mereka mungkin fikir itu sudah bagus. 
tapi aku masih mengharap yang lebih baik. walaupun sedar yang usahanya kurang. tapi itu lahh manusia kan. mahukan lebih, tapi usahanya ciput.

kedua, aku bermimpi tentang basketball.
di dalam mimpi tu, aku melontar bola tu sekuat kuat hati ke board. ambil bola, dan lontarkan lagi. aku tak tahu nak mentafsir mimpi itu. 
dan aku tak tahu maksudnya. yang pasti....aku rindu sangat dengan basketball. perasaan masa dapat shoot bola dalam basket tu.. aku betul betul tak dapat nak terangkan, sumpah tak tipu. tapi frust kembali, sebab tak dapat nak main buat masa ni.


p/s: abang aku nak kahwin next weekend. happy. tak.. aku tipu. sebenarnya tak happy sangat pun. rasa macam geng lepak dah hilang sorang. tapi kata mereka 'kalau abang happy, adik perlu happy juga'





7.9.11

itu janjiNya

assalamualaikum.







pada mulanya aku tak rasa nak menulis. tapi entah kenapa, tangan ni pantas menclick 'new post'. sedangkan hati dan jiwa belum pasti ingin menulis sebarang tulisan. dan otak pula masih melarang tangan dari menulis apa apa. nampaknya, otak kalah lagi kali ini. sememangnya, blog ini menjadi tempat aku nak luahkan beban yang bergayut kat dalam jiwa ini. dan juga tempat untuk berkongsi kebaikan dengan yang di luar sana.


kurang dari sebulan final akan mula menampakkan dirinya yang ditakuti ramai pelajar seperti aku, sudah tentunya. dan kurang dari seminggu study week akan muncul pula. tetapi dalam masa kurang dari seminggu ni, semua assignments, final project, quiz, test dan personal problems bagaikan menari di depan mata. sehinggakan aku tidak pasti ingin mengambil yang mana satu dahulu. jujur aku katakan aku selalu berharap sehari punya 32 jam, kalau boleh masih mengaharap sebenarnya. yang pasti, mustahil.


saat ni, terasa seperti beban beban itu mengejar aku dari belakang. semakin hampir dan hampir. sedangkan aku masih disini, tak mampu untuk menggerakkan kaki walaupun selangkah. masih disini, kaku.masih disini, beku. dalam hati meronta dan menjerit sekuat hati supaya kaki ini boleh melangkah pergi, memecut selaju lajunya dan sejauh jauhnya. aku ingin  tinggalkan semua beban ni di belakang, boleh? aku sememangnya ingin lari dari masalah dan dari beban, tahu? tapi bolehkah menyelesaikan setiap beban yang bergayut di jiwa ini?


Dia tidak akan membebankan hambaNya dengan sesuatu yang tidak termampu oleh hambaNya. 
itu janjiNya pada semua hambaNya. bila direnung kembali, memang tidak patut kalau  melabelkan semua masalah itu beban. anggaplah, itu semua ujian dariNya. selalu aku menyumpah seranah pada hati apabila  kadang kadang hati ini tidak tahu untuk bersyukur, lupa untuk menjadi matang


ya Allah, ampunkan hambaMu ini yang selalu gagal. 


p/s: kenapa rasa entri kali ini lain dari yang lain? bajet puitis, barangkali. membuat sesuatu yang baru itu nikmat tetapi kadangkala bencana. aku harap ini nikmat. teehee.









21.8.11

bisul pulak.

assalamualaikum






aku busy. banyak benda nak buat sebelum cuti raya start. aku selalu bagitahu aku busy gila. so mereka pun tahu aku busy. tapi aku tak paham kenapa even aku busy, aku tetap akan habiskan masa depan lappy online tumblr. so kiranya, sekarang tumblr jadi medium aku nak habiskan masa. 






lately, rasa tak seronok nak tulis blog. tiada mood. entah kenapa. dua tiga ayat tulis, terus blur dan post maintain untouched dalam draft. ishhh, takmau laa cakap. tapi sekarang excited nak balik raya pulak. orang lain balik jumaat depan ni, aku pulak rabu petang dah blahh. bukan takde kelas hari khamis, tapi skip jelahh dengan riang. yeahh, buatlahh macam uni ni bapak aku yang punya. 


ehh, entah kenapa aku dapat satu benda yang housemate aku diagnose as BISUL kat drumstick kiri aku. cun betul kan tempat dia menempek. sakit wohh time nak pakai jeans and time duduk tahiyat akhir lagi lahh. mengalir air mata. kawan aku suruh muhasabah diri banyak banyak sebab macam macam sakit datang visit time ramadan ni. yup, aku banyak terngumpat/terdengar orang mengumpat dulu. tsk. tsk.






disebabkan nak lupa kesakitan tu, aku collaborate dengan burung yang marah dah declare war dengan babi hijau. teehee. 

16.8.11

dugaan ramadan saya, chickenpox.

assalamualaikum








hey aku sangat rindu nak berblog. but since last entri yang aku post, aku dah takde topik nak tulis. kalau ada pun, aku busy dengan banyak benda. bayak benda yang aku nak buat sampaikan aku harap aku ada 45 hours sehari. tapi percayalahh, sesungguhnya Allah dah bagi 24 hours sehari tu is more than enough. just aku je yang hodoh bodoh dalam time management. bad, very bad.


awal ramadan tahun ni aku berazam gile nak buat yang terbaik. so that aku tak rasa regret masa pagi raya nanti and tak rasa yang puasa aku tu useless just tahan diri sendiri dari tak makan and tak minum je. actually kalau muhasabah diri balik, puasa tu bukan setakat nak ingatkan kita ada lagi orang lain yang tak cukup makan. kalau tak, kenapa Allah suruh orang miskin yang tak cukup makan pun kena puasa jugak kan. puasa tu boleh bagi syafaat pada kita time akhirat nanti. insyaAllah.


tapi seriously, ramadan tahun ni memang Dia bagi aku dugaan sedebuk besarnya. maybe orang lain punya dugaan tu lagi besar, tapi pada aku dugaan aku ni dah agak besar sampaikan aku tak puasa dua hari. so nak tahu kenapa, mehh aku stori. but before tu aku nak flashback dulu previous entri yang ni bila orang yang penting lupa benda penting 






masuk je ramadan yang kelima, disaat banyak kerja, banyak quiz, banyak assignment, banyak test yang take turn nak jumpa aku. dan final project group yang setia menunggu... aku terkena virus chickenpox. ni semua gara gara anak buah aku yang chickenpox tu dah buat banyak gila dangerous physical contacts dengan aku. aku rasa dizzy gila. migrain pun datang visit aku gak, memang cun. then red spots filled with liquid memang banyak gila dah start tumbuh kat badan, tangan, muka, lower part of body and paling takleh blahh kat dalam mulut pun banyak jugak. then tonsil aku swollen maybe sebab counter-attack virus. kebetulan aku cek kat private clinic time tu weekend, so doctor tu tak bagi aku mc and suruh tunggu sampai monday. padahal aku dah rasa nak mati tahan sakit. 






memanglaa betul orang cakap, kalau kena time dah besar memang sakit dan gatalnya double and triple compared kena time kecik kecik dulu. sebab bila aku tengok anak buah aku, dia relax lalala je siap main kejar sana sini lagi. aku pulak siap migrain and pitam pitam lagi. memang Dia nak uji aku lahh. nasib baik bila aku balik subang abang aku bawak pergi klinik government kat sungai buloh terus dapat mc 10 hari. pehhh, pehhh. memang aku terus balik perak, habiskan mc dengan puan mak and encik abah. banyak test, quiz, assignment? belakang kira. nasib baik laa final projecy by group. and group mates aku memang baik hati, cun, ayu, cantik and single lagi volunteer nak buat part aku.


tapi dapat mc 10 hari, lepak kat kampung, makan free puan mak masak, tengok tv selagi encik abah tak bising memang sangat heaven. tapi esok last mc, dah ternampak semua kerja yang menunggu. tiba tiba rasa dunia makin gelap. teehee.


p/s: cute kan second picture? itu tulisan jepun 'genki' means 'sihat' ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...